- Sesuatu benda yang telah rosak atau buruk tidak harus dibuang begitu saja kerana kemungkinan benda itu masih bleh digunakan untuk keperluan lain.
- Orang dagang bersikap amat merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak berguna atau tidak memberi faedah.
- Seseorang lelaki ingin mendapatkan seseorang gadis sebagai kekasih atau isteri tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.
- Seseorang tidak harus beranggapan bahawa sesuatu yang belum pasti itu akan berjaya dimiliki kerana kemungkinan akan berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan harapannya tidak kesampaian.
- Seseorang yang memiliki kekuatan atau kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang besar tentu saja tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.
- Barang-barang yang sudah lama atau yang sudah rosak sebenarnya masih boleh digunakan untuk sesuatu tujuan lain.
- Orang dagang sentiasa bersikap merendah diri di perantauan supaya tidak dianggap berlagak pandai atau angkuh.
- Sesuatu yang berharga atau cita-cita yang tinggi memang sukar dicapai kerana banyak halangan.
- Sikap suka menganggap sesuatu yang belum pasti itu sudah menjadi hak milik kita boleh mendatangkan kekecewaan.
- Setiap orang mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, baik masalah yang kecil mahpun masalah yang besar.
Nilai dan Pengajaran
- berjimat cermat
- merendah diri
- berani
- yakin diri
0 Ulasan:
Post a Comment