Maksud Setiap Rangkap
- Masalah yang besar dapat diselesaikan berbeza dengan masalah hati dan perasaan; atau masalah luaran lebih mudah diselesaikan jika dibandingkan dengan kekecewaan atau sakit hati yang dialami.
- Kesenangan atau kebahagian yang diharapkan berkekalan sepanjang masa berakhir dengan kesusahan.
- Kecederaan di luar seperti luka di tangan memang dapat dilihat oleh orang lain tetapi kekecewaan atau kesedihan di dalam hati tidak diketahui sesiapa.
- Kita tidak boleh mengharapkan nasib yang baik saja sepanjang masa kerana nasib baik atau nasib buruk sudah menjadi adat dalam kehidupan dan terpaksa dihadapi oleh setiap orang.
Tema Dan Persoalan
- Perasaan sedih atau perasaan kecewa yang sukar diubati.
- Nasib baik tidak selalu menimpa kita kerana ia merupakan takdir tuhan.
- Perasaan kesedihan dan kekecewaan dapat menyembunyi daripada orang lain keran ia terpendam dalam hati seseorang dan sukar dilihat melalui luaran.
Bentuk
- Terdiri daripada 4 rangkap
- Bilangan baris adalah sama iaitu 4 baris serangkap
- Rima akhir ialah a,b,a,b
- Bilangan kata pada setiap baris hampir sama iaitu 4 hinggan 5 patah perkataan sebaris.
- Bilangan suku kata pada setiap baris juga hampir sama, iaitu 9 hingga 10 suku kata.
Gaya Bahasa/Unsur Keindahan
- Bahasa Kiasan
- Anafora
- Asonansi
- Aliterasi
- Puitis
Nilai/Pengajaran
- Kesabaran dan Ketabahan
- Percaya pada qadak dan qadar
- Menjaga hati dan perasaan seseorang
- Menerima takdir tuhan
- Menyembunyikan kesusuhan atau perasaan susah hati
0 Ulasan:
Post a Comment